TARIKH: 12 & 13 SEPTEMBER, 2009
Pemimpin-pemimpin yang hadir terdiri dari PJS Rosmandi, PJS Hj Zainal, PJS Ramly, PJE Mohammad Sani, PJ Shafariah, PJ Shahilawati.
Peserta kursus seramai 30 orang kebanyakkannya tediri daripada pelajar-pelajar dari KIPSAS dan UIA Kuantan. Ini adalah hasil kerja keras PJ Shahilawati dan PJ Azman iaitu diantara pemimpin yang sedang membangun di Kuantan.
Diantara peserta kursus yang nampak berpotensi ialah Encik Alias dari Kemaman. Beliau baru 5 bulan bersama HPA tetapi telah menunjukkan potensi yang boleh diketengahkan. Beliau telah diberikan peluang untuk berkongsi pengalaman dalam slot 'Malam Bintang-Bintang'. Tidak hairanlah beliau nampak berpotensi kerana beliau merupakan seorang 'motivator' yang berpengalaman luas sebelum bersama dengan HPA.
Adalah satu penghargaan kepada kami yang menganjurkan PBC kali ini kerana menerima kunjungan ukhwah dari pemimpin HPA Kuantan; PJS Jaafar Abd Ghani dan isteri beliau PJS Noorhani Konting bersama anak buahnya PJ Herbalis Wan Harman. Dalam sessi motivasi; beliau telah memberi tip yang sungguh bermakna tentang D.U.I.T => R.M dan perjalanan hidup beliau semenjak menyertai HPA.
Diharap dengan pertemuan ini akan membuahkan kerjasama yang lebih erat lagi agar usaha menggempur HPA di Pahang dapat dijalankan dengan lebih kerap dan berkesan.
Akhir kata; saya dan pemimpin lain yang bertindak sebagai motivator dan fasilitator mengucapkan setinggi tahniah kepada semua peserta kursus PBC kali ini dan berharap mereka telah dapat menggarap semua yang telah dibentangkan dalam kursus PBC ini agar mereka dapat menduplikasi segala yang telah disampaikan selepas program ini.
D = DUPLIKASI U = USAHA I = ISTIQOMAH T = TAWAKKAL | R = REZEKI M = MELIMPAH |
SEMUGA BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT
No comments:
Post a Comment