PENERAJU PROGRAM PBC

PENERAJU PROGRAM PBC
Peserta-Peserta Ulung PB (PENGGEMPUR) - Usaha GigihMu Tetap Di Kenang

Tuesday, September 8, 2009

HOTEL SRI MALAYSIA, IPOH 5 & 6 SEPTEMBER

Minggu lepas kami ke PBC di IPOH. Saya bersama-sama PJS Hj Zainal, PJS Rosmandi dan Suhaili bertolak dari K Lumpur selepas tengah malam 5 september dengan BMW PJS Rosmandi. Dalam perjalanan kami telah berhenti beberapa kali dan akhirnya tiba di Hotel Sri Malaysia Ipoh tepat jam 7:00 pagi.


Pegang Erat-Erat

PJS Rosmandi dengan teman sejati


Pimpin Mereka Bersatu

PJE Sani memimpin teman sejati


Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini ...

Bulan Ramadhan merupakan bulan penyatuan ummat Islam yang beriman. Tidak kira yang kecil atau pun besar, tua maupun yang muda, lelaki atau perempuan; masing-masing berlumba-lumba untuk mengabdikan diri kepada Al Khalik mengikut TAHAP masing-masing. Ada yang berpuasa cara orang awam; ada yang puasa khawas dan yang terbaik seperti puasa mereka yang dalam kategori khawasul khawas.


Adalah suatu yang tidak sihat bila berlaku perpecahan dalam jemaah. Sekawan kambing akan selamat dari serangan serigala apabila mereka bersatu atau duduk di dalam kelompok; tetapi akan mudah dibaham oleh serigala bila ia berseorangan {berseekoran} dan jauh dari kumpulannya.

Ummat Islam masakini adalah umpama buih di lautan; banyak tetapi lemah. Masing-masing perasaan mereka kuat, sedangkan kebanyakannya BUTA bila tidak mengambil iktibar dari peristiwa "keingkaran sahabat di UHUD terhadap perintah Rasullulah untuk bertahan di atas bukit dalam apa keadaan sekalipun".

Bila mereka tengok dengan "mata kepala" bukan dengan "MATA HATI" akan banyaknya ghanimah yang ditinggal di medan perang; maka mereka pun LUPA dengan arahan yang telah diberikan dan TURUN mengumpulkan harta ghanimah. Akibatnya 70 sahabat telah SYAHID dan Rasulullah sendiri luka dan PATAH GIGI.

Mungkin ANDA semua tertanya-tanya; "Mengapa saya bawa cerita Perang Uhud" dan apa kaitannya dengan PBC di Ipoh ... Bak kata Nabil, "Lu fikir la sendiri ..." atau perlu ke saya ceritakan motif kenapa SYAITON enggan tunduk pada ADAM A.S. ....InSyAlLaH ...tunggu di lain episod !!!

Balik kepada PBC di Ipoh; yang ikut serta 31 orang. Motivatornya 3 orang PJS, 2 Herbalis dan 2 pemimpin. Alhamdulillah, dengan rahmat ALLAH dan kepimpinan PJS Rosmandi; kursus dapat dijalankan dengan jayanya kerana penumpuan dapat diberikan kepada peserta oleh tenaga pengajar yang hadir.


MODUL
TAJUKPEMBENTANG
1
Tak Kenal Tak Cinta
PJE Mohammad Sani Ibrahim
2
Konsep Perubatan JAWI dan Herbalisma
PJS Ramly Ahmad
3
Produk_produk Pilihan
PJ (Herbalis) Shafariah
4
Jana Pendapatan 5 Angka Sebulan
PJS Hj Zainal Ahmad
5
Halal dan Haram
PJS Rosmandi Ishak
6
Tayangan Multimedia
PJE Mohammad Sani Ibrahim
7
Qiamulail dan Kuliah Subuh
PJS Ramly Ahmad
8
Senaman Pernafasan dan Ma'thurat
PJS Rosmandi Ishak
9
Diagnos Saraf Tapak Tangan
PJ (Herbalis) Shafariah
10
Gerakkerja 6M
PJS Rosmandi Ishak
11
Teknik Home Party
PJ (Herbalis) Shafariah


UNTUK KENANGAN MANIS BERSAMA TEMAN-TEMAN SEJATI DI PBC IPOH SAYA SERTAKAN VIDEO DI SEPANJANG KURSUS BERLANGSUNG .....



SEMUGA BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT

No comments: