PENERAJU PROGRAM PBC

PENERAJU PROGRAM PBC
Peserta-Peserta Ulung PB (PENGGEMPUR) - Usaha GigihMu Tetap Di Kenang

Thursday, August 20, 2009

PBC DI RUMAH REHAT BENTONG

TARIKH: 15 & 16 OGOS, 2009


Pengerusi: PJ Hanimuddin

Walaupun HPA Bentong adalah di bawah tadbiran Zon Timur, tetapi kebanyakkan program yang kerap dianjurkan disini dikendalikan oleh pemimpin dari Lembah Klang.


Seramai 40 orang telah mendaftar, kebanyakannya pelajar-pelajar universiti dan Darul Quran dan 18 orang peserta terdiri daripada pengedar lelaki.


Pemimpin-pemimpin yang hadir terdiri daripada PJS Hafidzan, PJS Aznin, PJS Ramly, PJS Fatin, PJS Radiyati, PJ Syed Bahri disamping pemimpin tempatan PJS Zaimah dan AJK komuniti HPA Bentong.



Thursday, August 13, 2009

PBC SEAVIEW RESORT. BALOK

TARIKH: 08 & 09 OGOS, 2009

SATU HATI


Seaview Resort Balok. Kuantan
Seaview Resort merupakan tempat ketiga di Kuantan yang KPA manfaatkan untuk mengadakan PBC di Zon Timur kali ini. Seperti PBC yang lepas, semua urusan penempahan tempat penginapan peserta dan kelengkapan di jalankan oleh PJ Shahilawati dan "team"nya.



Keistimewaan PBC di Balok kali ini adalah disebabkan kehadiran 3 orang penuntut bidang perubatan dari UIA Kuantan yang pada mulanya agak keberatan untuk turut serta.

Peserta yang mengikuti kursus kali ini lebih kurang 30 orang. Ada yang datang dari Kemaman, Kuantan dan juga dari Bera.


Bagi mereka yang menuntut dalam bidang perubatan barat yang telah didoktrin sebegitu rupa agak susah untuk menerima kaedah perubatan alternatif ini. Mereka menitikberatkan tentang kajian klinikal sedangkan dalam perubatan trdisional yang telah dipermodenkan; kita menggunakan kaedah "Teori Pengamatan" yang telah dipraktikkan semenjak adanya manusia atas muka bumi ini.