PENERAJU PROGRAM PBC

PENERAJU PROGRAM PBC
Peserta-Peserta Ulung PB (PENGGEMPUR) - Usaha GigihMu Tetap Di Kenang

Monday, June 29, 2009

PBC IPOH

BUAT KERANA ALLAH


TARIKH: 27 JUN, 2009 [SABTU]


Alhamdulillah, Syukur kepada Allah SWT dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemimpin HPA di Perak yang telah bekerja keras untuk menghadirkan 110 orang peserta ke Kursus PBC yang julung-julung kali di anjurkan di bawah kelolaan KPA di Ipoh.

Pendaftaran Peserta LancarPemimpin & Anak Buah

Tidak ketinggalan juga, KPA mengucapkan syabas kepada beberapa pemimpin KPU telah menghantar anak-anak buah mereka untuk menyertai PBC kali ini. Bukan nama yang penting tetapi kerjasama untuk membangunkan ummah agar benar-benar dapat mengabdikan diri kepada Khalik-NYA.



Datang Dengan KesungguhanKami Sedia Gempur

Kursus telah dimulakan dengan slot "Takruf Pemimpin & Fasilitator" kepada peserta kursus. Diantara mereka adalah PJS Hafidzan, PJS Rosmandi, PJS Ramly, PJS Zamri, PJS Khalilah, Herbalis Rahaizan dan isteri, PJE Sani Ibrahim, Herbalis Hasliza, Faridah dll.



PJE Rahaizan & Nazam HPASusunatur Semula Kedudukan

Majlis dimulakan semula selepas rehat & minum pagi dengan NAZAM HPA dan ASMA UL HUSNA yang dipimpin oleh PJE Rahaizan dengan susunatur baru kedudukan peserta untuk memberi keselesaan kepada mereka.


Modul pertama kursus "SEJARAH, LATAR BELAKANG & PERKEMBANGAN TERKINI HPA" telah disampaikan oleh PJS Zamri dengan panjang lebar. Modul kedua "PBC SATU PILIHAN" telah dibentangkan oleh PJM KHalid Iskri; seorang diantara Pemimpin TOP 10 HPA. Semuga pendedahan awal ini akan membuka minda peserta dan dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap HPA dan mereka memahami halatuju HPA yang sebenarnya.


Kenali & Cintai HPAMotivasi Yes or No

LDK Latihan Dalam Kumpulan



Kumpulan ParamariaKumpulan EQ MindaKumpulan Spirulina

MAKAN MALAM



9 kali makanSunnah Makan BerjemaahMakan Sambil Zikir

MELAHIRKAN USAHAWAN YANG SEHATI SEJIWA


Utamakan Satu Hati

Ribat Kuat Kuat

TARIKH: 28 JUN, 2009 [AHAD]


QIAMULAIL




Orang LamaOrang MudaPeserta Wanita

SENAMAN PERNAFASAN




Betulkan Kepala ???Belajar Terbang ???Tolak Tolak Tolak

DIAGNOS SARAF TAPAK TANGAN




Ramai Minat PJawiSelingan: Urut BlkgNak Datang Lagi Ni


Angin Dia Banyak Ke?Dia Ni Ginjal Bengkak

SESSI PEMBENTANGAN



Kumpulan Mega3Kumpulan 2




Kumpulan 3Kumpulan Kopi RadixKumpulan Pelawas



Kumpulan EQ MindaKumpulan Paramaria




Kumpulan ParamariaKumpulan CosciniumKumpulan Tujuangin

KUMPULAN TERBAIK - KUMPULAN EQMINDA





Berkat Kerja BerjemaahMenerima Hadiah Kemenangan

PESERTA TERBAIK




Puan Noraini [PARAMARIA]En Bakhtiar [EQ MINDA]

PENUTUP




Kasih Sayang Kerana ALLAHSalam; Peluk; Maaf-Maafan

:) :) ... :) ... :) :) ... :) ... :) :) ... :) ... :) :) ... :) ... :) :) ... :) ... :) :)

Saturday, June 13, 2009

PBC UNITEN. BANGI

TARIKH: 13 & 14 JUN, 2009
TAK KENAL TAK CINTA, DAH CINTA TERGILA-GILA




Barisan Kepimpinan KPA dan FasilitatorMenyatukan Minda 78 Peserta Peserta PBC







Kami Sedia Gempur Pasaran Demi HPAJalinkan Ukhwah Demi Kesejahteraan







Tingkatkan Imuniti Spiritual & MentalBeri Tumpuan Untuk Kecemerlangan

Wednesday, June 3, 2009

PBC BALOK. KUANTAN

long_line_6402

Salam sejahtera dan selamat berjumpa kembali kepada semua pengunjung setia blog ini


Setelah selesai mesyuarat kowahida kawasan bagi zon tengah, selatan, sabah dan sarawak; yang diadakan di HPA Cawangan Nilai pada 30hb Mei, 2009, saya bersama isteri dan anak bongsu telah bergegas ke Balok, Kuantan untuk menghadiri PBC yang diadakan di Duta Village Resort.



Kami sampai ke destinasi lebih kurang jam 8 malam; dan terus check-in ke chalet no 143. Setelah solat saya telah ke dewan di mana PBC berlangsung dan telah diperkenalkan kepada peserta dan beramah mesra dengan mereka.

Slot malam bintang-bintang telah diisi oleh PJS Rosmandi yang telah berkongsi pengalaman beliau semenjak menyertai HPA dari tahun 1996.


Saya tidaklah berniat nak menceritakan perjalanan PBC yang berlansung ditepi pantai yang menarik tarikan ramai pengunjung terutama semasa cuti sekolah ini; tetapi saya terpanggil untuk berkongsi maklumat dengan pembaca tentang mereka yang mengikuti PBC di sini.

Setelah 3 kali PBC dijalankan di sekitar Pantai Balok, Kuantan ini yang mana saya sendiri terlibat secara aktif; saya dapati setiap PBC telah disertai oleh PEMIMPIN TERTINGGI dari MLM konvensional yang lain.

PBC di Balok, Kuantan ini dimulakan oleh seorang guru; PJ Shahilawati, yang mulanya telah mengikuti PBC yang diadakan di Rumah Rehat Lenggong, Perak pada 13 dan 14 Disember, 2008.


Puan Shahilawati [Depan kanan]

Berbekalkan dengan suntikan semangat dan kesedaran yang diperolehi dari pemimpin yang mengendalikan PBC di Rumah Rehat Lenggong tersebut; beliau yang berpangkat PRX sahaja telah mencuba buat pertama kalinya menganjurkan PBC di Kuantan pada 7 dan 8 Februari, 2009 dengan bantuan pemimpin-pemimpin seperti PJS Rosmandi Ishak, PJS Hj Zainal Ahmad, PJS Ramly Ahmad, PJE Cikgu Sani, PJ Herbalis Shafariah dan PJ Azman dari POLISAS Kuantan.

Dalam PBC yang pertama kali dianjurkannya, PJS Hj Zainal Ahmad telah membawa bersamanya seorang pemimpin ERA EDAR iaitu Hj Zaidon yang mahir dalam bidang perubatan Homeopati.



PJS Hj Zainal, PJS Ramly dan Hj Zaidon

Pada 18 dan 19 April, 2009, sekali lagi PBC diadakan di Fantasia Beach Resort, Balok, Kuantan. Kali ini giliran Hj Zakaria bekas pemimpin MILELEA untuk ikut serta dalam kursus yang sangat-sangat dicari-cari oleh pemimpin yang berjiwa 'bersih'.


Hj Zakaria, PJS Ramly, PJS Hj Zainal dan PJE Sani [Barisan Depan]

Kami rasa bersyukur kerana Hj Zakaria baru sahaja tamat mengikuti Kursus Sijil Herbalis Ke-16 di Sg Petani baru-baru ini. Semuga beliau dengan pengalaman yang luas dalam MLM yang lampau, akan dapat memberikan sumbangan yang tidak terhingga untuk membantu meningkatkan lagi prestasi HPA.




TUNGGU SAMBUNGAN CERITA INI ...


6jun, 2009

Alhamdulillah, syukur kerana masih dipanjangkan-NYA usia ini dan dapat meneruskan penulisan yang serba kekurangan ini.

Walaupun kehadiran saya ke PBC Balok ini agak lewat kerana sebab-sebab yang telah saya jelaskan di atas; program telah dapat dijalankan dengan begitu baik sekali disebabkan pengalaman TEAM PJS ZAINAL yang telah wujud satu kesefahaman yang jitu.

Kali ini giliran PJE Sani pula mengenengahkan pemimpin dari HAI-O yang dibawa dari Taiping, Perak. Menurut Puan Maheran bt Jamaludin, walaupun mendapat bonus yang besar dalam syarikat yang telah ditinggalkannya; tetapi hati beliau tidak tenteram seperti yang beliau dapat rasakan dalam program yang dianjurkan oleh Pemimpin HPA.





long_line_6402