PENERAJU PROGRAM PBC

PENERAJU PROGRAM PBC
Peserta-Peserta Ulung PB (PENGGEMPUR) - Usaha GigihMu Tetap Di Kenang

Saturday, December 5, 2009

PBC Balok Disember 2009

Setelah agak lama tidak datang ke Kuantan; kali ini saya, PJS Hj Zainal bersama herbalis Ahmad Sobri dari K Lumpur di susuli oleh PJE Cikgu Sani beserta isteri beliau herbalis PJ Shafariah dari Bukit Gantang, Perak.



PBC kali ini di adakan pada tempat yang sama di Seaview Beach Resort, Balok.











Friday, September 11, 2009

PBC SEAVIEW RESORT. BALOK

TARIKH: 12 & 13 SEPTEMBER, 2009

Alhamdulillah, kami sampai di tempat kursus 1 minit lagi jam 8 pagi. Subuh tadi kami sempat solat di mesjid Permatang Badak dan kemudian berkesempatan untuk mendengar kuliah subuh yang disampaikan oleh seorang ustaz yang secara kebetulannya seorang pemimpin HPA di Kuantan iaitu PJS Yusof Sidek


Pemimpin-pemimpin yang hadir terdiri dari PJS Rosmandi, PJS Hj Zainal, PJS Ramly, PJE Mohammad Sani, PJ Shafariah, PJ Shahilawati.

Peserta kursus seramai 30 orang kebanyakkannya tediri daripada pelajar-pelajar dari KIPSAS dan UIA Kuantan. Ini adalah hasil kerja keras PJ Shahilawati dan PJ Azman iaitu diantara pemimpin yang sedang membangun di Kuantan.


Diantara peserta kursus yang nampak berpotensi ialah Encik Alias dari Kemaman. Beliau baru 5 bulan bersama HPA tetapi telah menunjukkan potensi yang boleh diketengahkan. Beliau telah diberikan peluang untuk berkongsi pengalaman dalam slot 'Malam Bintang-Bintang'. Tidak hairanlah beliau nampak berpotensi kerana beliau merupakan seorang 'motivator' yang berpengalaman luas sebelum bersama dengan HPA.


Adalah satu penghargaan kepada kami yang menganjurkan PBC kali ini kerana menerima kunjungan ukhwah dari pemimpin HPA Kuantan; PJS Jaafar Abd Ghani dan isteri beliau PJS Noorhani Konting bersama anak buahnya PJ Herbalis Wan Harman. Dalam sessi motivasi; beliau telah memberi tip yang sungguh bermakna tentang D.U.I.T => R.M dan perjalanan hidup beliau semenjak menyertai HPA.


Diharap dengan pertemuan ini akan membuahkan kerjasama yang lebih erat lagi agar usaha menggempur HPA di Pahang dapat dijalankan dengan lebih kerap dan berkesan.

Akhir kata; saya dan pemimpin lain yang bertindak sebagai motivator dan fasilitator mengucapkan setinggi tahniah kepada semua peserta kursus PBC kali ini dan berharap mereka telah dapat menggarap semua yang telah dibentangkan dalam kursus PBC ini agar mereka dapat menduplikasi segala yang telah disampaikan selepas program ini.

D = DUPLIKASI
U = USAHA
I = ISTIQOMAH
T = TAWAKKAL


R = REZEKI
M = MELIMPAH
SEMUGA BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT

Tuesday, September 8, 2009

HOTEL SRI MALAYSIA, IPOH 5 & 6 SEPTEMBER

Minggu lepas kami ke PBC di IPOH. Saya bersama-sama PJS Hj Zainal, PJS Rosmandi dan Suhaili bertolak dari K Lumpur selepas tengah malam 5 september dengan BMW PJS Rosmandi. Dalam perjalanan kami telah berhenti beberapa kali dan akhirnya tiba di Hotel Sri Malaysia Ipoh tepat jam 7:00 pagi.


Pegang Erat-Erat

PJS Rosmandi dengan teman sejati


Pimpin Mereka Bersatu

PJE Sani memimpin teman sejati


Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini ...

Bulan Ramadhan merupakan bulan penyatuan ummat Islam yang beriman. Tidak kira yang kecil atau pun besar, tua maupun yang muda, lelaki atau perempuan; masing-masing berlumba-lumba untuk mengabdikan diri kepada Al Khalik mengikut TAHAP masing-masing. Ada yang berpuasa cara orang awam; ada yang puasa khawas dan yang terbaik seperti puasa mereka yang dalam kategori khawasul khawas.


Adalah suatu yang tidak sihat bila berlaku perpecahan dalam jemaah. Sekawan kambing akan selamat dari serangan serigala apabila mereka bersatu atau duduk di dalam kelompok; tetapi akan mudah dibaham oleh serigala bila ia berseorangan {berseekoran} dan jauh dari kumpulannya.

Ummat Islam masakini adalah umpama buih di lautan; banyak tetapi lemah. Masing-masing perasaan mereka kuat, sedangkan kebanyakannya BUTA bila tidak mengambil iktibar dari peristiwa "keingkaran sahabat di UHUD terhadap perintah Rasullulah untuk bertahan di atas bukit dalam apa keadaan sekalipun".

Bila mereka tengok dengan "mata kepala" bukan dengan "MATA HATI" akan banyaknya ghanimah yang ditinggal di medan perang; maka mereka pun LUPA dengan arahan yang telah diberikan dan TURUN mengumpulkan harta ghanimah. Akibatnya 70 sahabat telah SYAHID dan Rasulullah sendiri luka dan PATAH GIGI.

Mungkin ANDA semua tertanya-tanya; "Mengapa saya bawa cerita Perang Uhud" dan apa kaitannya dengan PBC di Ipoh ... Bak kata Nabil, "Lu fikir la sendiri ..." atau perlu ke saya ceritakan motif kenapa SYAITON enggan tunduk pada ADAM A.S. ....InSyAlLaH ...tunggu di lain episod !!!

Balik kepada PBC di Ipoh; yang ikut serta 31 orang. Motivatornya 3 orang PJS, 2 Herbalis dan 2 pemimpin. Alhamdulillah, dengan rahmat ALLAH dan kepimpinan PJS Rosmandi; kursus dapat dijalankan dengan jayanya kerana penumpuan dapat diberikan kepada peserta oleh tenaga pengajar yang hadir.


MODUL
TAJUKPEMBENTANG
1
Tak Kenal Tak Cinta
PJE Mohammad Sani Ibrahim
2
Konsep Perubatan JAWI dan Herbalisma
PJS Ramly Ahmad
3
Produk_produk Pilihan
PJ (Herbalis) Shafariah
4
Jana Pendapatan 5 Angka Sebulan
PJS Hj Zainal Ahmad
5
Halal dan Haram
PJS Rosmandi Ishak
6
Tayangan Multimedia
PJE Mohammad Sani Ibrahim
7
Qiamulail dan Kuliah Subuh
PJS Ramly Ahmad
8
Senaman Pernafasan dan Ma'thurat
PJS Rosmandi Ishak
9
Diagnos Saraf Tapak Tangan
PJ (Herbalis) Shafariah
10
Gerakkerja 6M
PJS Rosmandi Ishak
11
Teknik Home Party
PJ (Herbalis) Shafariah


UNTUK KENANGAN MANIS BERSAMA TEMAN-TEMAN SEJATI DI PBC IPOH SAYA SERTAKAN VIDEO DI SEPANJANG KURSUS BERLANGSUNG .....



SEMUGA BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT

Wednesday, September 2, 2009

PBC HOTEL DE PALMA AMPANG

TARIKH: 29 & 30 OGOS 2009


Untuk kenang-kenangan kepada sesiapa diantara 55 orang peserta kursus PBC yang telah diadakan di Hotel De Palma Ampang.





Sessi Pembentangan Tugasan Kumpulan















Majlis Penutup








Gambar Kenang-Kenangan Semasa Kursus PBC










SELAMAT BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT

Thursday, August 20, 2009

PBC DI RUMAH REHAT BENTONG

TARIKH: 15 & 16 OGOS, 2009


Pengerusi: PJ Hanimuddin

Walaupun HPA Bentong adalah di bawah tadbiran Zon Timur, tetapi kebanyakkan program yang kerap dianjurkan disini dikendalikan oleh pemimpin dari Lembah Klang.


Seramai 40 orang telah mendaftar, kebanyakannya pelajar-pelajar universiti dan Darul Quran dan 18 orang peserta terdiri daripada pengedar lelaki.


Pemimpin-pemimpin yang hadir terdiri daripada PJS Hafidzan, PJS Aznin, PJS Ramly, PJS Fatin, PJS Radiyati, PJ Syed Bahri disamping pemimpin tempatan PJS Zaimah dan AJK komuniti HPA Bentong.



Thursday, August 13, 2009

PBC SEAVIEW RESORT. BALOK

TARIKH: 08 & 09 OGOS, 2009

SATU HATI


Seaview Resort Balok. Kuantan
Seaview Resort merupakan tempat ketiga di Kuantan yang KPA manfaatkan untuk mengadakan PBC di Zon Timur kali ini. Seperti PBC yang lepas, semua urusan penempahan tempat penginapan peserta dan kelengkapan di jalankan oleh PJ Shahilawati dan "team"nya.



Keistimewaan PBC di Balok kali ini adalah disebabkan kehadiran 3 orang penuntut bidang perubatan dari UIA Kuantan yang pada mulanya agak keberatan untuk turut serta.

Peserta yang mengikuti kursus kali ini lebih kurang 30 orang. Ada yang datang dari Kemaman, Kuantan dan juga dari Bera.


Bagi mereka yang menuntut dalam bidang perubatan barat yang telah didoktrin sebegitu rupa agak susah untuk menerima kaedah perubatan alternatif ini. Mereka menitikberatkan tentang kajian klinikal sedangkan dalam perubatan trdisional yang telah dipermodenkan; kita menggunakan kaedah "Teori Pengamatan" yang telah dipraktikkan semenjak adanya manusia atas muka bumi ini.